Shinhwa_discography

Penyanyi lelaki berkumpulan dari Korea Selatan, Shinhwa telah mengeluarkan lima belas album studio, tiga album langsung, lima album kompilasi, satu set istimewa, tiga EP, tiga puluh empat single dan enam belas sumbangan kepada kompilasi artis-artis.Shinhwa telah ditubuhkan oleh SM Entertainment dan debut pada tahun 1998 dengan album Resolver (Hangul: 해결사; RR: Haegyeolsa). Di bawah SM Entertainment, Shinhwa telah mengeluarkan enam album studio dan menyumbang kepada banyak album kompilasi SM Town yang menampilkan artis-artis lain di bawah naungan SM Entertainment. Enam belas single untuk tujuan promosi dan bukan untuk dijual juga pernah dilancarkan. Satu album kompilasi lagu-lagu hit terbaik, My Choice telah dilancarkan oleh SM Entertainment pada 2002 di Korea Selatan.Selepas kontrak mereka bersama SM Entertainment tamat pada 2002, Shinhwa berpindah ke agensi Good EMG. Untuk kumpulan ini meneruskan nama kumpulan dan melakukan aktiviti muzik dan koreografi semasa di bawah naungan SM Entertainment, beberapa siri perbincangan dan toleransi telah dilakukan, Shinhwa melancarkan album pertama mereka di bawah naungan Good EMG, berjudul Winter Story pada lewat 2003. Album Winter Story merupakan album pertama daripada dua album dan dua EP yang Shinhwa yang nantinya dilancarkan dengan perkataan "Winter Story" pada judulnya. Album-album ini dianggap sebagai "pelancaran istimewa atau edisi istimewa" dan kebiasaannya tidak dimasukkan dalam senarai album rasmi oleh media dan kumpulan ini sendiri. Maka, pelancaran album seterusnya, Brand New pada 2004 yang diwar-warkan sebagai album ketujuh mereka, padahal secara keseluruhannya ia merupakan album kelapan. Kejayaan album Brand New telah memberikan kumpulan ini anugerah tertinggi Daesang (bahasa Korea: 대상; bermaksud "anugerah utama") bagi tahun 2004, pertama kali untuk kumpulan ini. Shinhwa terus melancarkan sejumlah lapan album dan beberapa EP dibawah naungan Good EMG, serta tiga belas single promosi. Pada 2006, mereka mengikat kontrak dengan Nippon Columbia untuk melancarkan sebuah album berjudul Inspiration #1 dan single "We Have the Sun in Our Hearts" (bahasa Jepun: "僕らの心には太陽がある"; "Bokura no Kokoro ni wa Taiyō ga aru") yang disasarkan untuk pasaran Jepun. Enam album pertama Shinhwa di Korea telah dilancarkan untuk pasaran Jepun pada 2001, 2002 dan 2003 dan Avex Trax telah melancarkan tiga album kompilasi hit terbaik dalam bahasa Korea di Jepun dan satu di Taiwan.2008 menandakan permulaan empat tahun berehatnya Shinhwa dari aktiviti kumpulan, kerana lima dari enam anggota diperlukan untuk memenuhi khidmat tentera.[1][2][3][4][5] Dalam tempoh tidak aktif ini, Pony Canyon mengeluarkan koleksi set pelbagai CD untuk album-album Korea Shinwa di Jepun pada 2009.[6]Pada bulan Ogos 2011, dalam persiapan untuk kembalinya mereka ke industri muzik, Shinhwa telah menubuhkan syarikat Shinhwa Company (buat sementara waktu dinamakan semula sebagai ShinCom Entertainment semasa kes hak cipta), satu usahasama untuk menguruskan aktiviti mereka sebagai Shinhwa. Sejak 2012, Shinhwa telah mengeluarkan tiga album penuh dan empat single promosi, yang diedarkan melalui CJ E&M Music. Mereka satu-satunya artis pop Korea yang terus mengeluarkan album penuh, dan bukannya EP dan maxi-single. Mereka juga dianggap sebagai kumpulan idol paling lama bertahan di Korea, telah wujud selama 19 tahun tanpa menukar anggota.