Karya Shotaro_Ishinomori

Cyborg 009 yang direka pada tahun 1963, menjadi pasukan adiwira pertama yang direka di Jepun. Pada tahun yang sama, Kazumasa Hirai dan Jiro Kuwata mereka adiwira cyborg pertama negara itu, berjudul 8 Man (yang muncul lapan tahun sebelum Kamen Rider). Kejayaan siri TV adiwira tokusatsu Kamen Rider terbitan Toei Company Ltd. pada tahun 1971 melahirkan adiwira "henshin" (bertukar rupa) (adiwira saiz manusia yang bertukar rupa dengan menggayakan badan, dan menggunakan seni mempertahankan diri untuk melawan konco-konco dan raksasa mingguan), serta menghasilkan banyak sekuel sehingga kini. Ishinomori kemudiannya mereka banyak drama adiwira yang serupa, termasuk Android Kikaider, Henshin Ninja Arashi, Inazuman, Robot Keiji, Himitsu Sentai Goranger (siri Super Sentai pertama), Kaiketsu Zubat, Akumaizer 3, Sarutobi Ecchan dan banyak lagi. Beliau juga mereka rancangan kanak-kanak popular seperti Hoshi no Ko Chobin (1974, terbitan usahasama dengan Studio Zero yang berjaya di televisyen Itali), dan Ganbare!! Robocon.

Seni Ishinomori agak mengingatkan seseorang kepada mentor beliau, Osamu Tezuka. Kisah benar pertemuan pertama beliau dengan Tezuka digambarkan dalam sebuah cerpen empat halaman yang dikarang sebagai bahan tambahan untuk cetakan semula manga Astro Boy 1970-an. Sekitar tahun 1955, Ishinomori menghantar hasil kerja beliau kepada satu peraduan yang mencari bakat baru untuk majalah Manga Shonen. Tezuka kagum dengan lukisan beliau lalu meminta Ishinomori untuk membantunya dengan Astro Boy.

Terdapat juga komik adaptasi permainan video The Legend of Zelda: A Link to the Past yang direka untuk majalah A.S. Nintendo Power oleh Ishinomori.

Fail:IshinomoriShotaro hand.jpgPatung gangsa tangan Ishinomori di halaman luar Muzium Mangattan

Pada akhir tahun 1997, Kazuhiko Shimamoto, seorang mangaka yang muda dan beraspirasi, dihubungi oleh Ishinomori yang semakin uzur lalu meminta kebenaran beliau agar meneruskan (tetapi lebih kepada membikin semula) manga satu jilid Skull Man tahun 1970 (yang menjadi asas kepada Kamen Rider). Ishinomori yang telah menjadi salah seorang idola Shimamoto sewaktu kecil, memfakskan salinan-salinan cadangan kisah an catatan plot kepadanya. Shimamoto teruja kerana dipilih untuk mengusahakan karya agung Ishinomori yang terakhir.

Shimamoto sudah melibatkan diri dalam penghidupan semula antara karya-karya lama Ishinomori yang lain (termasuk Kamen Rider) tetapi tidak pernah diimpikannya bahawa dialah yang terpilih untuk kolaborasi terakhir bersama Ishinomori dan penghiudpan semula Skull Man yang sudah dijadikan anime pada tahun 2007.