Siasatan_PAC_terhadap_PKFZ

Siasatan PAC terhadap PKFZ merujuk kepada siasatan awatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung Skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang. Pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid bersama ahli-ahlinya menyoal pengerusi dan ahli lembaga pengarah Lembaga Pelabuhan Kelang untuk mengenalpasti kelemahan dan membuat laporan serta-merta kepada media dan parlimen. Jawatankuasa PAC juga memanggil pihgak swasta dan pemaju PKFZ selagi tidak melanggar etika perbicaaan mahkamah. PAC juga akan melawat tapak PKFZ.PAC bukanlah berstatus Suruhanjaya Diraja dan kerana itu tidak boleh memanggil sesiapa sahaja untuk memberikan keterangan.Suruhanjaya Diraja mesti hadir jika dipanggil, kalau tidak, boleh dipenjarakan. PAC hanya boleh memanggil mereka yang masih berkhidmat sahaja.[1]Anggota Parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang mendesak Datuk Seri Azmi Khalid mengundur diri dari menyiasat Skandal PKFZ kerana bercanggah kepentingan. Tetapi ahli PAC mahu Khalid meneruskan siasatan.[2] Pada 15 Jun 2009, Pengerusi LKP Datuk Lee Hwa Beng telah menyerahkan laporan PKFZ yang disediakan Pricewaterhouse Coopers Advisory Services Sdn Bhd (PwCAS) kepada Setiausaha PAC, yang juga Setiausaha Parlimen Datuk Roosme Hamzah . Laporan itu setebal 300 halaman.[3]