Hasil Sidang_Kemuncak_ASEAN_ke-16

Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) mestilah dipatuhi. Beberapa negara ahli termasuk Malaysia belum mengiktiraf beberapa keputusan yang dicapai sebelum ini. Infrastruktur seperti landasan kereta api, hubungan udara serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) harus dibangunkan bagi memenuhi hasrat Komuniti Asean. Seharusnya tidak ada sekatan dan pergerakan rakyat lebih bebas. Projek landasan kereta api Singapura-Kuoming dan landasan kereta api berkembar di Malaysia belum siap.[2] Perjanjiaan Perdagangan Barangan Asean (ATIGA) akan dilaksanakan bulan Mei, manakala Perjanjian Pelaburan Komprehensif Asean (ACIA) pada Oktober.[3]

Satu lagi hasil yang dicapai pada sidang kemuncak ini ialah penubuhan Suruhanjaya Asean mengenai Pemupukan dan Perlindungan Hak Wanita dan Kanak-Kanak. Antara matlamat suruhanjaya itu ialah untuk menjamin keadilan dan kesamarataan dapat dinikmati oleh dua kumpulan tersebut, yang merangkumi 50 peratus daripada keseluruhan 550 juta penduduk ASEAN.[3]