Sidang_Kemuncak_ASEAN_ke-16

Sidang Kemuncak ASEAN ke-16 diadakan di Hanoi, Vietnam pada 8-9 April 2010. Sesi plenari diadakan di Pusat Konvensyen Nasional. Tema kali ini ialah 'Ke Arah Pembentukan Komuniti ASEAN: Daripada Wawasan Kepada Tindakan'.Selain Perdana Menteri Vietnam Nguyen Tan Dung selaku tuan rumah, semua pemimpin-pemimpin utama dari negara-negara ASEAN menghadiri majlis perasmian. Satu-satunya pengecualian adalah Perdana Menteri Thailand Abhisit Vejjajiva yang terpaksa membatalkan rancangan menghadiri sidang kemuncak ini ekoran tunjuk perasaan di negara itu.[1]