Sidang_Kemuncak_G-20_Toronto_2010
Sidang_Kemuncak_G-20_Toronto_2010

Sidang_Kemuncak_G-20_Toronto_2010

Sidang kemuncak G20 Toronto 2010 merupakan mesyuarat ketua-ketua negara G20 berhubung pasaran kewangan dan ekonomi dunia yang diadakan di Metro Toronto Convention Centre di Toronto, Ontario, Kanada pada 26-27 Jun 2010. Seterusnya Sidang kemuncak G8 diadakan di Huntsville, Ontario. Perdana Menteri Kanada Stephen Harper mengumumkan tema persidangan ialah 'Pemulihan dan Permulaan baru'. Inilah pertama kali Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan (G8) dan Sidang Kemuncak Kumpulan 20 diadakan di satu negara yang sama.Mesyuarat G20 ini diharap dapat menyediakan insentif dan peluang untuk membangunkan ekonomi berdaya tahan. Seramai 1,500 delegasi, termasuk ketua-ketua negara akan bersidang bagi membincangkan krisis kewangan global dan akses kemajuan yang dicapai dalam proses pemulihannya. Pemimpin dunia hendaklah menunaikan janji-janji yang dibuat semasa persidangan yang lalu , melakukan reformasi sektor kewangan, standard perakaunan, dan pertumbuhan berdaya tahan. Standard Laporan Kewangan Antarabangsa hendaklah dilaksanakan dan memastikan standard perakaunan adalah bebas dari sebarang pengaruh politik.[1]