Rusuhan Sidang_Kemuncak_G-20_Toronto_2010

Rusuhan memang dijangka akan terjadi. Oleh itu lebih 10,000 orang polis dan pengawal telah dihantar untuk bertugas. Kos kawalan melebihi 1 bilion dolar Kanada.[2]

Pada 27 Jun 2010, perusuh membakar 4 kereta termasuk 3 kereta peronda polis serta memecahkan tingkap premis perniagaan. Selain itu mereka menyembur cat di pintu premis perniagaan. Sebelum itu, polis dengan perisai dan belantan menghalang satu kumpulan kecil penunjuk perasaan yang cuba melepasi pagar keselamatan yang mengelilingi pusat sidang kemuncak Kumpulan 20.Kenderaan polis berkejar ke Toronto dan berakhir di Huntsville, Ontario. Rusuhan itu berhampiran lokasi Presiden AS Barack Obama dan pemimpin dunia lain bertemu dan menginap.[3] Seramai 580 perusuh ditahan, kebanyakannya rakyat Kanada sendiri . Sebelum ini 50,000 perusuh bertindak di luar batas semasa persidangan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) di Seattle 1999. Ketika itu polis menembak pelu getah dan gas pemedih mata. [4]

Datuk Bandar Toronto, David Miller kecewa dengan penunjuk perasaan itu. Pagar konkrit setinggi 3 meter telah dibina bagi menghalang mereka masuk menceroboh semasa persidangan. 6 orang awam dan 8 anggota polis cedera kecil. Kos persidangan sebanyak C$1.2 bilion termasuk C$930untuk keselamatan. Peersembahan ahli muzik Andre Rieu di Toronto’s Air Canada Centre dibatalkan.

Antara kumpulan aktif terlibat dalam rusuhan ialah Falun Gong, Greenpeace dan penyokong Harimau Tamil Sri Lanka yang ingin mendapatkan perhatian berhubung permasalahan mereka. Kumpulan lain ialah kumpulan hak asasi manusia, alam sekitar dan sebagainya. Mereka berkumpul di Universiti Toronto dan Queen Park. Mereka bersenjatakan batu, bata dan bola golf. Cermin dan pintu Bank of Montreal dan Canadian Imperial Bank of Commerce dipecahkan. Turut terkena ialah Starbuck dan Rogers Communications Inc . 484 dari 4000 perusuh telah ditahan.