Sikorsky_CH-53E_Super_Stallion
Sikorsky_CH-53E_Super_Stallion

Sikorsky_CH-53E_Super_Stallion

Sikorsky CH-53E Super Stallion adalah sebuah helikopter tentera terbesar dan terberat yang dioperasikan oleh Angkatan Tentera Amerika Syarikat. Ia telah dibangunkan bardasarkan CH-53 Sea Stallion terutamanya penambahan enjin ke-3, 7 bilah rotor utama serta rotor ekor ditundukkan 20 darjah ke bawah. Helikopter ini digelar sebagai "Pembuat Taufan" kerana tiupan angin kuat yang dihasilkan oleh kipas helikopter ini. Super Stallion dibina oleh Sikorsky Aircraft untuk kegunaan Kor Marin Amerika Syarikat. MH-53E Sea Dragon pula melaksanakan tugas-tugas menyapu ranjau jarak jauh atau misi-misi Tindak Balas Periuk Api Udara (AMCM) dan pengangkutan angkatan berat untuk Tentera Laut Amerika Syarikat.Sikorsky kini sedang membangunkan helikopter CH-53K, yang mana akan dilengkapkan dengan tiga buah enjin turbin aci berkuasa 7,500 shp (5,590 kW), bilah rotor komposit baru dan kabin yang lebih lebar.

Rujukan

WikiPedia: Sikorsky_CH-53E_Super_Stallion http://192.156.19.102/factfile.nsf/7e931335d515626... http://www.sikorsky.com/file/popup/0,9604,1842,00.... http://www.sikorsky.com/sik/products/military/ch53... http://www.sikorsky.com/sik/products/military/ch53... http://stinet.dtic.mil/cgi-bin/GetTRDoc?AD=A403884... http://www.history.navy.mil/planes/ch53.htm http://hqinet001.hqmc.usmc.mil/AVN/documents/aircr... http://www.aviastar.org/helicopters_eng/sik_s-80.p... http://www.globalsecurity.org/military/systems/air... http://www.globalsecurity.org/military/systems/air...