Nama Silla

Sejak awal penubuhan hingga ke menjadi sebuah kerajaan yang besar, Silla telah tercatat dalam pelbagai fonetik Hanja yang hampir sama dengan nama asli Korea iaitu Saro (斯盧, 사로), Sara (斯羅, 사라), Seona[beol] (徐那[伐], (서나[벌]), Seoya[beol] (徐耶[伐], 서야[벌]), Seora[beol] (徐羅[伐], 서라[벌]), dan Seobeol (徐伐, 서벌). Pada tahun 503 M, Raja Jijeung menetapkan tulisan Hanja "新羅" yang dibaca Silla dalam bahasa Korea Moden.