Silsila

Silsila ialah sebuah filem drama romantik Bollywood 1981 arahan Yash Chopra. Filem ini dibintangi oleh Amitabh Bachchan, Jaya Bachchan, Sanjeev Kumar, Rekha dan Kulbhushan Kharbanda, dengan Shashi Kapoor dalam penampilan istimewa. Filem ini dikatakan diinspirasikan dari cinta tiga segi dari tiga bintangnya, Amitabh-Jaya-Rekha.[2]Pada hari ulang tahunnya, Yash Chopra menyatakan bahawa ia asalnya ingin menggandingkan Parveen Babi dan Smita Patil bergandingan dengan Bachchan, namun selepas berbincang dengannya, ia memilih untuk menggandngkan Jaya Bhaduri dan Rekha dalam peranan mereka masing-masing.[3][4]