Makanan Siput

Siput dimakan di beberapa negara Eropah, di mana siput dianggap hidangan istimewa. Siput untuk makanan biasanya dikenali dengan nama Perancis "escargot."

Siput terbaik untuk dijadikan makanan adalah daripada spesies Helix pomatia. Siput taman perang (siput perang Eropah- "European brown snail") juga dikenali sebagai, Helix aspersa. Kedua-dua spesies tergolong dalam Genus Helix.

Siput terdapat dalam pelbagai saiz. Siput darat terbesar ialah siput Gergasi Afrika (Achatina fulica), yang bersaiz sehingga 30 cm. Pomacea maculata (Ampullariidae), atau siput Epal Gergasi merupakan siput air tawar terbesar, dengan saiz bergaris pusat sehingga 15 cm dan seberat 600 gram. Siput yang terbesar ialah Syrinx aruanus, siput air masin yang terdapat di Australia. Cangkerang yang sebesar 1 meter pernah dilaporkan.