Sirat-al-Mustaqim

Sebahagian siri Islam
Fail:Allah-eser-green.png
Rukun Iman
Hari AkhiratTanda-Tanda Kiamat
Hari Kiamat (القيامة)
Alam Barzakh (برزخ)
Dabbat al-Ard (دابة الأرض‎)
Dajal (الدّجّال‎)
Imam Mahdi (المهدي‎)
Nabi Isa a.s. (عيسى‎)
Yakjuj & Makjuj (يأجوج و مأجوج‎) ·
Tiupan Sangkakala
Padang Mahsyar (محشر‎)
Siratal Mustaqim(الصراط المستقيم‎)
Syurga Firdaus (فردوس‎)
Neraka Jahannam (جهنم‎)
Portal Islam
Al-Siraṭ al-Mustaqim (Bahasa Arab: الصراط المستقيم‎), atau Al-Sirath (Bahasa Arab: الصراط‎) sahaja, ialah satu istilah dalam agama Islam yang berasal dari bahasa Arab yang secara harfiahnya bererti "jalan yang lurus". Frasa ini tercantum pada Surah Al-Fatihah ayat 6-7 yang berbunyi:Dalm konteks Islam Sirat-al-Mustaqim adalah jambatan/titian yang terbentang di atas permukaan neraka Jahannam yang sangat licin, memiliki kait, cakar dan duri.[1][2] Setelah melepasi masa di Padang Mahsyar, kaum Muslim akan dibentangkan sirath bagi mereka di atas neraka jahannam sehingga mereka melintasi di atasnya dengan kecepatan sesuai berdasarkan kadar keimanan mereka. Orang yang pertama kali melintasi titian Sirath itu adalah Nabi Muhammad s.a.w., kemudian Nabi Muhammad berdiri di tepi Sirath seraya berdoa, “Rabbi, selamatkan, selamatkan!” [3] Jika ada umat-Nya yang pernah menyekutukan Allah dengan kesyirikan besar dan belum bertaubat sebelum kematiannya, akan mengakibatkan kekekalan di dalam neraka.Adapun orang-orang kafir dengan berbagai jenisnya, musyrikin, penyembah berhala, atheis dan yang lainnya, mereka itu akan dimasukkan ke dalam neraka dan akan dibukakan ketujuh pintu neraka jahannam bagi mereka. Sesuai dengan Surah Az-Zumar: 71, dan Surah Al-Hijr, 15,44.

Sirat-al-Mustaqim