Kerjaya Sissy_Imann

Bakatnya dikesan di YouTube oleh AG Coco sebelum terbit kerjasama antara mereka untuk album pertama. Selain itu, beliau juga berkebolehan bermain pelbagai instrumen muzik seperti gitar, piano, biola dan bes.[5]

Namanya melonjak naik menerusi lagu "Mungkin Kamu". Video muzik lagu itu sehingga kini telahpun meraih lebih 750,000 tontonan di YouTube.[6]

Selain menyanyi dan berlakon, Sissy juga merupakan guru vokal.[7]

Sissy menyertai pertandingan Big Stage dan bersaing bersama rakan-rakan BBNU (Budak Baru Nak Up) bagi menempa nama dalam industri muzik tanah air. Peserta yang terlibat termasuk Sarah Suhairi, Ariff Bahran, Afieq Shazwan, Andi Bernadee, Tajul Ariff, Syafiq Farhain, Baby Shima, Fara Hezel dan Wani Kayrie.[8][9]

Kerjaya lakonan beliau bermula dengan membintangi drama Tolong Aku Doktor Cinta lakonan Hafreez Adam, Puteri Aishah dan Nina Iskandar.[10]

Pada 27 Mac 2019, Sissy akan muncul dalam rancangan The House bersama Sarah Suhairi dan Wani Kayrie yang akan disiarkan di Astro Ria.[11]

Rujukan

WikiPedia: Sissy_Imann http://www.utusan.com.my/hiburan/sissy-imann-gerun... https://www.facebook.com/SissyImann https://www.instagram.com/SissyImann/ https://www.star2.com/entertainment/2019/07/15/sis... https://twitter.com/SissyImann https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2018/... https://www.hmetro.com.my/rap/2018/08/370150/menya... https://www.hmetro.com.my/rap/2019/03/437890/tak-k... https://www.hmetro.com.my/utama/2018/02/311811/sis... https://www.kosmo.com.my/hiburan/sissy-imann-balas...