Kontroversi Sistem_Transit_Aliran_Johor_Bahru–Singapura

Pada 3 Mei 2019, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan untuk menuntut atau bersedia untuk membeli bagi satu daripada lima plot tanah di Bukit Chagar, Johor Bahru yang diserahkan oleh Kerajaan Persekutuan (Barisan Nasional) kepada DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail.

Pada 4 Mei 2019, baginda Sultan Johor berkenan untuk menyerahkan satu plot tanah tersebut kepada Kerajaan Persekutuan jika ianya memang terlibat dengan projek mega tersebut tanpa mengenakan sebarang bayaran. Media menyatakan bahawa satu plot tanah tersebut telah diserahkan oleh Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan pada tahun 2012.

Ianya ekoran dari tuntutan dari Kerajaan Malaysia (Pakatan Harapan) terhadap Kerajaan Singapura untuk melanjutkan tempoh rundingan semula sehingga bulan September 2019. Projek mega melibatkan dua negara tersebut telah dimeterai pada bulan Januari 2018 melalui Kerajaan Malaysia (Barisan Nasional) pada ketika itu. Projek mega ini dijangka siap sepenuhnya pada bulan Disember 2024.[9]

Rujukan

WikiPedia: Sistem_Transit_Aliran_Johor_Bahru–Singapura http://english.astroawani.com/business-news/prasar... http://www.channelnewsasia.com/news/singapore/sing... http://www.channelnewsasia.com/news/specialreports... http://www.theedgemarkets.com/article/johorsingapo... http://archive.is/gbG7h https://www.channelnewsasia.com/news/asia/johor-si... https://www.channelnewsasia.com/news/singapore/smr... https://themalaysianreserve.com/2017/09/26/prasara... https://www.lta.gov.sg/apps/news/page.aspx?c=2&id=... https://berita.mediacorp.sg/mobilem/singapore/s-pu...