Sistem_jenis

Dalam sains komputer, sistem jenis ialah sistem yang digunakan bersama-sama bahasa pengaturcaraan bagi membantu mengurangkan pepijat dalam sesebuah atur cara komputer[1]. Sistem jenis digunakan sebagai sebahagian daripada antara muka penakrif antara bahagian-bahagian berlainan dalam sesebuah atur cara, kemudian memastikan bahawa bahagian-bahagian itu disambungkan secara konsisten. Ini dicapai dengan mengembangkan sintaks bahasa pengaturcaraan terbabit supaya menyertakan jenis yang dikaitkan dengan nilai primitif bahasa itu, beserta proses untuk menggunakan jenis-jenis tersebut bagi memastikan bahawa bahagian-bahagian terbabit disambungkan secara konsisten. Pemeriksaan boleh berlaku ketika pelbagai fasa kitar hayat atur cara seperti semasa dikompil atau semasa dijalankan, atau gabungan.