Sistem_penyalaan

Sistem penyalaan merupakan satu sistem untuk membakar campuran udara-bahan api. Ia dikenali dalam bidang enjin pembakaran dalaman sebagai sistem yang digunakan pada enjin petrol yang menggerakkan kebanyakan kenderaan bermotor, tetapi ia juga digunakan dalam beberapa aplikasi lain seperti pada dandang berkuasa minyak atau gas, enjin roket dsb.Sistem penyalaan pertama yang menggunakan bunga api elektrik mungkin pistol elektrik mainan Alessandro Volta pada tahun 1780an. Boleh dikatakan kesemua enjin petrol hari ini menggunakan bunga api elektrik untuk penyalaan.Enjin diesel pula bergantung kepada mampatan udara untuk penyalaan, tetapi biasanya turut menggunakan palam bara yang memanaskan kebuk pembakaran untuk membolehkan enjin dihidupkan semasa sejuk. Enjin lain mungkin menggunakan api atau tiub panas untuk penyalaan.