Sistem_tulisan_cirian

Dalam sistem tulisan cirian, bentuk simbol (seperti huruf) bukan bersifat sembarangan tetapi menerapkan ciri-ciri fonologi fonem yang mereka wakili. Istilah cirian (featural) diperkenalkan oleh Geoffrey Sampson untuk menggambarkan aksara Korea [1]:120 dan trengkas Pitman.[1]:40Joe Martin memperkenalkan istilah notasi cirian (featural notation) untuk memerikan sistem tulisan yang merangkumkan simbol untuk mewakili ciri-ciri individu dan bukannya fonem. Dia menegaskan bahawa "aksara tidak mempunyai simbol untuk sesuatu yang lebih kecil daripada fonem".[2]:5Aksara cirian mewakili butiran yang lebih terperinci daripada aksara berabjad. Dalam hal ini, simbol tidak mewakili keseluruhan fonem, melainkan unsur-unsur (ciri-ciri) yang membentuk fonem, seperti penyuaraan atau daerah artikulasi. Secara teorinya, setiap ciri boleh ditulis dengan huruf terpisah; aksara abjad atau abugida, atau juga aksara sukukataan, boleh menjadi bersifat cirian, tetapi satu-satunya sistem jenis ini yang menonjol hanyalah aksara Korea, juga dikenali sebagai aksara Hangul. Dalam aksara Korea, simbol-simbol cirian digabungkan menjadi huruf berabjad, dan huruf-huruf ini kemudiannya digabungkan menjadi blok bersuku kata, jadi sistem tersebut menggabungkan tiga tahap perwakilan fonologi.Beberapa sarjana (mis. John DeFrancis) menolak kelas ini atau sekurang-kurangnya menolak pelabelan aksara Korea sebegitu. Aksara lain termasuk stenograf dan aksara aturbinaan oleh penghobi dan penulis fiksyen (seperti Tengwar), yang kebanyakannya mempunyai reka bentuk grafik canggih yang sesuai dengan sifat fonologi. Unit asas penulisan dalam sistem-sistem ini dapat memetakan apa sahaja dari fonem hingga ke perkataan. Bahkan telah ditunjukkan bahawa aksara Latin juga mempunyai "ciri-ciri" sub-aksara.[3]