Perkahwinan Siti_Nur_Syafiqa_Amirol_Melvin

Pada 13 Julai 2012, Siti Nur mengakhiri zaman bujangnya bersama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman (52 tahun). Akhbar Sinar Harian melaporkan mereka bercinta selama setahun sebelum mengambil keputusan untuk mengakhiri hubungan ke jinjang pelamin.

Majlis pernikahan diadakan di Taman Seri Semarak, Parit Buntar, Perak. Sementara, majlis resepsi pada 14 Julai 2012 diadakan di Dataran Sungai Kerian, Parit Buntar.

Pasangannya seorang duda dan ahli politik, Zainal Abidin telah kehilangan isteri, Datin Shazarina Shamsuddin yang meninggal dunia pada 22 Disember 2010 akibat barah hati dan paru-paru.[1]