Siti_Nurbaya_(novel)

Siti Nurbaya (Bahasa Melayu: Siti Nurbaya; Jawi: سيتي نوربايا) ialah sebuah novel Indonesia hasil karya Marah Roesli yang diterbitkan oleh Balai Pustaka di era 1930-an. Latar belakang novel ini ialah adat budaya Minangkabau di Padang. Ia mengisahkan percintaan sepasang kekasih, Siti Nurbaya dan Samsul Bahri yang gagal kerana keadaan dan budaya pada masa itu. Pada 17 Ogos 1969, kerajaan Indonesia memberi Hadiah Tahunan kepada pengarang novel ini. Sebuah jambatan di Padang telah dinamakan Jambatan Siti Nurbaya.
Novel ini banyak mengkritik adat dan tradisi yang diamalkan oleh masyarakat Minangkabau di Sumatera. Ia turut menyentuh soal-soal perkahwinan dalam masyarakat. Novel ini menjadi novel wajib di Malaysia dan diulang cetak 11 kali. Pada 1991, TVRI telah menyiarkan sinetron "Siti Nurbaya" yang dibintangi Novia Kolopaking sebagai Siti Nurbaya.