Marah_Roesli
Marah_Roesli

Marah_Roesli

Marah Roesli atau Marah Rusli bin Abu Bakar (lahir di Padang, Sumatera Barat pada 7 Ogos 1889, dan meninggal di Bandung, Jawa Barat pada 17 Januari 1968) adalah pengasas novel moden Indonesia. Beliau dari generasi pengarang Balai Pustaka]]. Namanya terkenal kerana novel percintaan Siti Nurbaya yang diterbitkan pada tahun 1920. Siti Nurbaya seorang wanita yang dipaksa oleh orangtuanya dengan lelaki yang tidak dicintainya. Pengarang Minangkabau lain, seperti Hamka, Ali Akbar Navis, dan Abdul Muis banyak menulis novel dengan latar belakang kemiskinan dan budaya Minangkabau, Sumatera.