Ska adalah bentuk muzik
Jamaika yang bermula lewat
1950-an. Menggabungkan unsur tradisi
mento dan
calypso dengan bunyi
rhythm and blues American, ia merupakan awalan di Jamaica kepada
rocksteady, dan kemudian,
reggae. Ketika muzik bertukar di Amerika, begitu juga Ska. Sebagai contoh, Ska dipengaruhi oleh
jazz dan
rock. Pengaruh campuran ini timbul kerana peminat Ska di Jamaica akan pergi ke kelab, tetapi juga mendengar muzik
Amerika melalui corong
radioBunyi ska dicipta di
Studio One di
Kingston, Jamaika.Bunyi muzik ska dikenali melalui penempatan bunyi
gitar yang ditekankan accented dan rima
piano rancak upbeats. Perkataan "ska" mungkin berasal dari onomatopoeic dalam tradisi sastera atau juga rima muzik.Pemain gitar
Ernest Ranglin berkata bahawa "cakaran bunyi gitar selamba ( offbeat guitar scratching ) yang dimainkan olehnya dan pemuzik lain dikenali sebagai 'skat! skat! skat!'" Pakar sejarah muzik biasanya membahagikan sejarah Ska kepada tiga gelombang. Minat terhadap Ska semakin pudar semenjak diperkenalkan pada asalnya, dan meningkat semula revivals of note di
England pada
1980s (dikenali sebagai
Two-Tone), dan satu lagi gelombang kepopularan pada
1990-an (dirujuk sebagai
Ska Gelombang Ketiga).Era Two-Tone dinamakan sempena label rekod yang serupa, dihasilkan oleh
Jerry Dammers, pamain keyboard
The Specials. Artis lain pada label ini termasuk
The Selecter dan
band Madness yang berjaya secara komersial.Sebahagian band Amerika paling berjaya
Ska Gelombang Ketiga adalah
The Mighty Mighty Bosstones dan
No Doubt, kedua-duanya menggabungkan ska dengan
rock dan
punk. Sesetengah orang mendakwa bahawa penggabungan kedua jenis muzik menyebabkannya kehilangan kesemua unsur Jamaika.Ska diseluruh dunia kelihatannya kembali kepada asal. Semakin banyak band memainkan ska yang dipengaruhi atau sepenuhnya sama dengan ska tradisi. Band tersebut termasuk
The Slackers,
Pressure Cooker,
The Debonaires,
Westbound Train, dan
The Soul Captives.