Sinopsis Slumdog_Millionaire

Filem ini tentang watak Jamal Malik , seorang remaja 18 tahun yang disoal siasat polis Mumbai kerana berjaya menjawab kesemua soalan dalam rancangan kuiz televisyen Who Wants to Be a Millionaire?. Ramai yang curiga pemuda dari kawasan suram dan miskin di Julu, Mumbai dapat merebut hadiah 20 juta rupee. Sebahagian penduduk 'Slam' adalah masyarakat Islam iaitu golongan minoriti yang menjadi mangsa fanatik Hindu. Pengancara kuiz sendiri tidak percaya Jamal boleh menjawan kesemua soalan kuiz.

Sepuluh soalan dari pengacara (lakonan Anil Kapoor ) dapat dijawab berdasarkan pengalaman lampau yang sungguh menyayat hati. Kejayaan Jamal menjawab semua soalan itu menyebabkan dia menjadi hero dan jutawan sekelip mata.

Imbas kembali Jamal Malik terhadap abangnya Salim Malik dan kekasihnya Latika ketika melarikan diri dari Rusuhan Mumbai iaitu penganut Islam dikerkah oleh penganut Hindu. Pada usia 5 tahun, Jamal ingin mendapatkan tandatangan daripada aktor terkenal India Amitabh Bachchan. Mereka berdua melarikan diri setelah ibunya terbunuh dalam Rusuhan Mumbai. Ketika inilah mereka berpisah dengan Latika kerana Salim enggan menyelamatkan Latika. Mereka bagaikan watak dalam filem The Three Musketeers.

Salim bertukar menjadi jahat setelah melihat mata rakannya dicungkil untuk menjadi pengemis jalanan. Maman merupakan ketua gangster yang memperalatkan kanak-kanak untuk mengutip derma dari orang ramai. Mereka melarikan diri dengan menaiki kereta api dan menuju ke Agra. Pelbagai pekerjaan dilakukan termasuk menjadi pemandu pelancong di kawasan Taj Mahal.

Jamal Malik kembali ke Mumbai untuk menemui Latika, kekasihnya yang menghilang. Maman telah menjadikan Latika sebagai pelacur. Salim telah menembak Maman dan menjadi gangster di bawah arahan Javed. Ketika inilah Jamal terpilih menyertai rancangan realiti tv, Who Wants to Be a Millionaire?. Rancangan itu ditonton oleh jutaan penduduk India termasuk Latika. Tetapi abangnya Salim telah tidak mahu Jamal berbaik-baik dengan Latika malah telah meniduri kekasih lamanya itu.

Jamal tidak dapat menjawab soalan lalu meminta talian hayat dan menghubungi abangnya Salim. Seterusnya memilih jawapan 'Aramis'. Salim Malik mencari Javed Khan dan telah membunuh ketua gangster itu dan Salim sendiri dibunuh oleh pengikut Javed. Malam itu Jamal Malik bertemu semula dengan Latika di stesen kereta api dan mereka menyanyikan lagu 'Jai ho'.