Sinopsis Snap!

Ruby dan ayahnya yang merupakan rakyat Dunia Magik telah berpindah dari Bumi ke Dunia Magik. Mengikut ramalan dunia magik, seorang budak berdarah keturunan separuh manusia dan separuh Dunia Magik ditakdirkan akan menghuru-harakan Dunia Magik. Oleh kerana sedar bahawa Ruby mempunyai ciri tersebut, ayah Ruby, Audrey Autumn, telah dipanggil menghadap Permaisuri Dunia Magik iaitu Permaisuri Sapphire untuk memberi amaran akan hal ini. Tetapi sebenarnya sang Permaisuri risau sekiranya Ruby akan mengganggu-gugat takhtanya. Lantas Audrey menyatakan dengan yakin bahawa budak ramalan tersebut bukan Ruby kerana dia tidak pandai menggunakan kuasa magik. Namun, hari demi hari, Ruby semakin pandai menggunakan kuasa magik.