Watak-watak Snap!

Ruby Autumn

Watak utama siri ini. Dia ialah anak kepada Audrey Autumn. Ruby merupakan kacukan rakyat Dunia Magik dan manusia. Pada awalnya, ayahnya tidak menyangka Ruby akan mampu menggunakan kuasa magik. Namun Ruby semakin pandai menggunakannya hari demi hari. Pada penghujung cerita, Ruby ialah anak kandung bagi Ray Summer (Raja Dunia Magik) dan Pemaisuri Emerald.

Audrey Autumn

Bapa kepada Ruby yang merupakan seorang saintis dan rakyat dunia magik. Audrey telah dihalau dari dunia magik 15 tahun dahulu kerana berkahwin dengan seorang manusia, ibu kepada Ruby. Namun, telah pulang ke dunia magik bersama Ruby.

Permaisuri Sapphire

Permaisuri dunia magik yang cantik jelita. Dialah yang memegang kuasa pemerintahan di dunia magik. Dia risau takhtanya akan dirampas berdasarkan ramalan dunia magik. Dia mempunyai seorang kakak.

Winter

Pesuruh Permaisuri Sappire yang mempunyai sifat serius. Dia mempunyai dua orang anak kembar.

Summer

Seorang guru Pendidikan Jasmani di sekolah Ruby. Ayah kandung Ruby. Hilang ingatan selepas kalah dalam pertarungan menentang Sapphire.

Dean dan Sam

Sepasang kembar yang merupakan anak kepada Winter. Mereka ini ialah anak yang manja dan merupakan teman sekolah Ruby.

Rico dan Zack

Teman sepersekolahan Ruby yang selalu bersama-samanya.