Sejarah Soifon

Soifon dilahirkan sebagai Fon Shaolin (蜂 梢綾) dalam keluarga Fon, salah sebuah keluarga bangsawan kelas bawahan yang menjalin hubungan dengan keluarga bangsawan Shihouin. Keluarga Fon biasanya berkhidmat untuk keluarga Shihouin dengan menyertai pasukan khas. Sesiapa yang gagal dalam ujian kelayakan pasukan khas tidak akan diakui lagi oleh keluarga Fon dengan serta-merta. Sebagai akibatnya, Soifon dibebani dengan tanggungjawab dan kepercayaan daripada keluarganya sejak muda lagi. Dia dan ahli keluarga yang lain (termasuklah lima orang abang yang kesemua terkorban semasa berkhidmat dalam pasukan khas) telah menyertai pasukan khas. Setelah menjadi sebahagian daripada pasukan tersebut, Fon Shaolin mengambil nama neneknya sebagai nama kod: Soifon. Dalam anime, dia tidak menamakan dirinya Soifon dengan suka rela - seorang ahli keluarga menamakannya sedemikian.

Soifon bekerja keras dan akhirnya dapat dinaikkan pangkat kepada ketua pengawal yang berkhidmat untuk pemimpin pasukan khas pada masa itu, Shihouin Yoruichi. Yoruichi kemudiannya mengambil Soifon sebagai anak muridnya dan mereka berdua menjalin hubungan yang mesra. Apabila Yoruichi meninggalkan Soul Society bersama-sama sahabatnya yang dihalau dari sana, dia kehilangan kesemua pangkat serta jawatannya. Soifon merasakan bahawa Yoruichi telah mengkhianatinya. Maka, dia berlatih bersungguh-sungguh untuk menandingi Yoruichi dan seterusnya mengambil semua gelaran yang dahulunya pernah dimiliki oleh Yoruichi.

Soifon menjadi kaptan Bahagian ke-2 lebih kurang 100 tahun sebelum bermulanya kisah utama Bleach iaitu sejurus selepas Yoruichi meninggalkan Soul Society.