Sinopsis Soifon

Babak Soul Society

Semasa upacara pembunuhan Rukia berlangsung, Soifon bertemu sekali lagi dengan Yoruichi apabila dia memegang Yoruichi yang sedang berlari dari cerun di lokasi hukuman pembunuhan. Soifon mencabar Yoruichi untuk bertarung dengannya bagi membuktikan bahawa dia telah bertambah kuat. Sebenarnya, Soifon berbuat demikian untuk melahirkan konflik dalaman yang dialaminya setelah Yoruichi meninggalkan Soifon sendirian. Pada mulanya, dia mengarahkan sekumpulan pasukan khas untuk memberkas Yoruichi tetapi Yoruichi dapat menewaskan mereka dengan mudah dengan menggunakan langkah kilat. Akhirnya, Soifon cuba menggunakan sejenis teknik yang menggabungkan kombat fizikal dengan kidō dan mendakwa bahawa dialah yang mencipta teknik tersebut (malah, teknik itu masih belum bernama). Tetapi, Yoruichi yang telah mencipta teknik tersebut sebelum Soifon memanggilnya tangisan kilat (瞬閧, shunkō) dan dapat menguasai teknik tersebut lebih baik daripada Soifon. Walaupun kemahiran Yoruichi jauh melebihi kekuatan Soifon, dia tidak mencederakan Soifon. Hal ini menyebabkan Soifon menangis dan bertanya sebab dia ditinggalkan oleh guru dan ketua yang disanjunginya serta tidak dibawa bersama apabila Yoruichi meninggalkan Soul Society.

Babak Bount

Pada permulaan babak ini, Yoruichi dan Soifon berganding bahu untuk menjejaki Bount dan dapat mengesan lokasi seorang Bount wanita yang sedang menyerang manusia. Mereka berdua memaksa Bount tersebut meninggalkan tempat kejadian. Soifon kemudiannya pulang ke Soul Society manakala Yoruichi tinggal sebentar untuk merawat manusia yang tercedera tadi. Selepas itu, Soifon pergi ke Kedai Urahara untuk berkongsi data yang diperolehnya dengan Urahara. Dia juga mencemuh keusangan kedai Urahara (lantas membangkitkan kemarahan Tessai) dan memaklumkan Urahara bahawa seandainya sesuatu malapetaka menimpa Yoruichi, dia tidak akan melepaskan Urahara.

Semasa Bount menyerang Soul Society, beberapa ahli pasukan khas di bawah pimpinan Soifon berjaya dikawal oleh doll Mabashi, Ritz. Salah seorang daripada mereka melontar bitto yang mengandungi roh reput ke arah Soifon. Bahan ini bertindak seperti bisa dan mula membunuh Soifon dengan perlahan. Dalam pertarungan pendek dengan Mabashi, Soifon dapat menikam Mabashi di dadanya dengan jata tebuannya sebelum menjadi terlalu lemah untuk meneruskan perlawanan. Mabashi kemudiannya meninggalkan medan pertarungan dan berniat untuk pulang ke sana semula hanya untuk melihat mayat Soifon. Pada masa ini, Soifon menggunakan Suzumebachi untuk meneutralkankan racun dalam badannya. Apabila Mabashi muncul semula di hadapan Soifon, dia nampaknya sedang berada di ambang maut. Sepasukan pengawal Soifon turut tiba di sana untuk melindungi Soifon tetapi dapat dikuasai oleh Ritz pula. Mabashi ingin menggunakan Ritz untuk menguasai Soifon kerana shinigami lain yang juga dikuasai oleh Ritz telah dipengsankan. Ketika Ritz cuba mengambil alih tubuh Soifon, dengan tangkasnya Soifon melompat dan menikam Mabashi di dadanya sekali lagi. Dengan ini, Mabashi berjaya dibunuh dan semua shinigami yang dikawal dapat dibebaskan.