Jenis Sonar

Teknik ini mempunyai dua jenis yang digunakan, iaitu sonar aktif dan sonar pasif.

Sonar aktif

Sonar aktif mewujudkan suatu nadi bunyi dipanggil "ping" yang dilepaskan untuk didengar kemudiannya mencari pantulan (gema) nadi. Nadi ini biasanya diwujudkan secara elektronik menggunakan projektor sonar yang terdiri daripada sebuah penjana isyarat, penguat kuasa dan transduser/array elektro-akustik. Pemancar biasanya berfungsi menumpukan kuasa akustik ke sebuah pancaran yang mungkin tersebar melitupi kawasan yang diingini. Secara umumnya, transduser elektro-akustik adalah daripada jenis Tonpilz dan reka bentuk mereka mungkin optimum untuk mencapai kecekapan paling maksimum dalam lebar jalur yang lebih luas, untuk mengoptimumkan prestasi keseluruhan sistem. Nadi akustik kadangkalanya boleh dibuat dengan cara lain, contohnya (1) melalui kaedah kimia menggunakan bahan peledak, atau (2) pistol udara atau (3) sumber bunyi plasma.

Sonar pasif

Sonar jenis ini melibatkan pendengaran bunyi yang dihasilkan kapal-kapal. Ia sering digunakan dalam bidang ketenteraan tetapi ia juga boleh digunakan untuk tujuan penyelidikan misalnya mengkaji taburan ikan dalam sesuatu perairan serta mengira kadar peningkatan atau penurunannya.

Sonar pasif dalam kenderaan terjejas secara teruknya oleh bunyi yang dihaslkan kenderaan tersebut. Oleh sebab itu, kebanyakan kapal selam menggunakan reaktor nuklear yang boleh disejukkan tanpa menggunakan pam melalui perolakan senyap, atau sel bahan api dan bateri yang turut memberikan kesan senyap yang sama. Baling-baling kenderaan juga direka secara khususnya untuk menghasilkan sedikit bunyi yang boleh.