Sophie_Grégoire_Trudeau
Sophie_Grégoire_Trudeau

Sophie_Grégoire_Trudeau

Sophie Grégoire (Perancis: [sɔfi ɡʁeɡwɑʁ]; lahir 24 April 1975), juga dikenali sebagai Sophie Grégoire Trudeau,[1][2][3][4] ialah isteri kepada Perdana Menteri Kanada ke-23, Justin Trudeau. Grégoire ialah seorang bekas pengacara televisyen dan beliau sering terlibat dalam kerja amal dan pengucapan awam yang mementingkan isu-isu wanita dan anak-anak.Pada 12 Mac 2020, Grégoire mengasingkan dirinya di Rideau Cottage, termasuk suaminya dan anak-anaknya, selepas beliau menunjukkan simptom mirip selesema semasa pandemik koronavirus 2019–20. Beliau mengalami selesema selepas pulang dari United Kingdom.[5] Pejabat Perdana Menteri kemudiannya mengumumkan pada hari yang sama bahawa beliau disahkan positif COVID-19.[6]

Sophie_Grégoire_Trudeau

Lahir Sophie Grégoire
(1975-04-24) 24 April 1975 (umur 44)
Montreal, Quebec, Kanada
Pekerjaan Personaliti media
Didahului oleh Laureen Harper
Kerakyatan Kanada
Alma mater Universiti McGill
Université de Montréal
Pasangan Justin Trudeau (k. 2005)
Parti politik Liberal
Anak-anak 3
Kediaman Rideau Cottage