Sosiobiologi

Sosiobiologi merupakan kajian saintifik yang berasaskan andaian tingkah laku atau perlakuan sosial yang menyebabkan evolusi. Sosiobiologi cuba menjelaskan dan mengkaji tingkah laku sosial dalam konteks tersebut. Walaupun sosiobiologi sering dikaitkan sebagai cabang kajian biologi dan sosiologi, sosiobioliogi turut melibatkan fromethologi, antropologi, evolusi, zoologi, arkeologi, populasi genetik dan kajian disiplin lain. Dalam kajian perhubungan manusia, sosiobiologi berkait rapat dengan bidang anthropologi Darwin, ekologi perlakuan manusia dan evolusi psiklogi.Sosiobiologi menyiasat tingkah laku sosial, seperti corak mengawan, pergaduhan untuk wilayah, pemburuan dan pembentukan naluri sosial. Sosiobiologi menerangkan bahawa tekanan dalam pemilihan menyebabkan haiwan mengalami evolusi dalam interkasinya dengan alam semula jadi, yang mengakibatkan evolusi genetik perlakuan sosial yang bermanfaat. Walaupun istilah "sosiobiologi" dikenal pasti sejak 1940an, konsep ini tidak mendapat sebarang pengiktirafan sehingga 1975 dengan penerbitan buku "Sosiobiologi: Sintesis baru" (Sociobiology: The New Synthesis) oleh Edward O. Wilson.