Sosioekonomi adalah kajian hubungan di antara
aktiviti ekonomi dan
kehidupan sosial. Jurusan ini sering dianggap
pelbagai disiplin, menggunakan
teori dan
kaedah dari
sosiologi,
ekonomi,
sejarah,
psikologi, dan banyak yang lain. Ia telah muncul sebagai suatu bidang kajian berasingan pada lewat kurun kedua puluh. Dalam banyak perkara, bagaimanapun, pakar sosioekonomi berfokus pada kesan sosial sesetengah jenis perubahan ekonomi. Perubahan tersebut boleh termasuk menutup kilang,
manipulasi pasaran, menandatangani perjanjian perdagangan antarabangsa, kawalan
gas asli baru, dsb. Kesan-kesan sosial seperti itu dapat menjadi berlingkungan luas dalam saiz, daripada kesan tempatan pada suatu masyarakat kecil ke perubahan pada keseluruhan masyarakat.Contoh-contoh kesan sosioekonomi termasuk teknologi baru seperti
kereta atau
telefon bimbit, perubahan pada undang-undang, perubahan pada alam fizikal (seperti bertambah kesesakan dalam
bandar), dan perubahan
ekologi (seperti
kemarau memanjang atau kemerosotan stok
ikan).[
perlu rujukan] Ini boleh mempengaruhi corak penggunaan, pembahagian pendapatan dan
kekayaan, cara di mana orang berkelakuan (kedua-dua dari segi keputusan pembelian dan cara bagaimana mereka memilih menggunakan waktu mereka), dan
kualiti hidup yang keseluruhannya.Sasaran kajian sosioekonomi umumnya untuk membawa
pembangunan sosioekonomi, biasanya dari segi pembaikian dalam metrik seperti
KDNK,
jangka hayat,
celik huruf, kadar
pekerjaan, dsb.[
perlu rujukan]Walaupun lebih sukar diukur, perubahan dalam faktor-faktor kurang ketara juga dipertimbangkan, seperti
maruah diri,
kebebasan berkesatuan, keselamatan peribadi dan kebebasan dari ketakutan kecederaan fizik, dan takat penyertaan dalam
masyarakat sivil.[
perlu rujukan]