Spermatozoon
Spermatozoon

Spermatozoon

Spermatozoon (atau spermatozoa) ialah sejenis sel sperma yang motil, atau sebentuk sel haploid bergerak yang merupakan gamet jantan. Seekor spermatozoon bergabung dengan sebiji ovum untuk membentuk zigot. (Zigot ialah sel tunggal dengan set kromosom lengka yang lazimnya berkembang menjadi embrio.) Istilah spermatozoon berasal dari perkataan Yunani σπέρμα (benih) dan ζῷον (hidupan).Sel-sel sperma menyumbangkan kira-kira separuh maklumat genetik nukleus kepada zuriat diploid (tetapi selalunya kecuali DNA mitokondrium). Bagi mamalia, jantina zuriat ditentukan oleh sel sperma: spermatozoon yang membawa kromosom Y akan melahirkan zuriat jantan (XY), sementara yang membawa kromosom X akan melahirkan zuriat betina (XX)—ovum sentiasa membawa kromosom X sahaja. Sel-sel sperma julung kali diperhatikan oleh Anton van Leeuwenhoek pada tahun 1677.[1]

Spermatozoon

nama bahasa Latin spermatozoon
MeSH D013094