Spesies_ceroboh
Spesies_ceroboh

Spesies_ceroboh

Spesies ceroboh merupakan frasa dengan beberapa takrifan. Takrifan pertama menggambarkan frasa dalam bentuk spesies bukan tempatan (contoh. tumbuhan atau haiwan) yang memberi kesan buruk kepada habitat yang ia ceroboh secara ekonomi, persekitaran, atau ekologi. Ia telah digunakan dalam bentuk ini oleh organisasi kerajaan[1][2] termasuk juga kumpulan pengekalan seperti IUCN.[3]Takrifan kedua meluaskan rangkuman untuk memasukkan kedua-dua spesies tempatan dan bukan tempatan yang menduduki sesuatu tempat dengan banyaknya.[3]Takrifan ketiga merupakan sambungan kepada takrifan pertama dan kedua dan mengtarifkan spesies ceroboh sebagai sebaran luas spesies bukan tempatan.[3] Takrifan ini dipertikaikan sebagai terlalu meluas dan bukan semua spesies bukan tempatan sebenarnya mempunyai kesan buruk kepada persekitaran angkat mereka. Satu contoh kegunaan luas ini akan merangkumi dakwaan bahawa ikan emas biasa (Carassius auratus) adalah penceroboh. Sungguhpun ia biasa terdapat di luar kawasan asalnya, ia hampir tidak pernah hadir dalam jumlah yang merosakkan.[3]Disebabkan kekaburan takrifannya, frasa spesies ceroboh sering kali dikritik sebagai istilah tidak jitu dalam bidang ekologi.[3] Rencana ini berkenaan dua takrifan yang awal; untuk yang ketiga, lihat spesies diperkenalkan.