Ekologi Spesies_ceroboh

Pied Currawong

Sungguhpun spesies ceroboh sering kali ditakrifkan sebagai spesies dibawa masuk yang telah merebak luas dan menyebabkan kerosakan, sesetengah spesies tempatan pada sesuatu kawasan mampu, melalui pengaruh kejadian alam seperti pertukaran pola hujan jangka panjang atau pengubahsuaian oleh manusia pada habitat sekeliling untuk meningkat jumlahnya dan menjadi penceroboh.

Kesemua spesies di Bumi melalui tempoh jumlah poopulasi meningkat dan merosot, dalam kebanyakan kes diikuti dengan pengembangan dan pengucupan kawasan taburannya. Campur tangan manusia pada muka bumi adalah besar. Perubahan Anthropogenic pada persekitaran mungkin membolehkan pengembangan sepsies kekawasan muka bumi di mana ia tidak pernah dilihat sebelumnya dan dengan itu spesies tersebut mungkin digambarkan sebagai ceroboh. Pada asasnya, seseorang perlu mentakrifkan "tempatan" dengan berhati-hati, kerana ia merujuk kepada taburan geografik sesuatu spesies, dan tidak selaras dengan sempadan politik manusia. Samaada peningkatan disedari dalam jumlah populasi dan pengembangan taburan geografik merupakan alasan mencukupi bagi menganggap spesies tempatan sebagai ceroboh memerlukan takrifan umum istilah tersebut tetapi sesetengah spesies tempatan dalam sistemeko yang terganggu mampu merebak secara meluas dan menyebabkan kerosakan dan dalam ertikata tersebut menjadi ceroboh. Sebagai contoh Monterey Cypress adalah jarang dan terancam tempatan (endangered endemic)[20] wujud secara semulajadi hanya dua tempat di California. Ia bagaimanapun dihapuskan sebagai spesies ceroboh esotik hanya pada jarak 50 batu (80 km) dari tempat asalnya.


Ciri ekosistem yang diceroboh

Pada tahun 1958, Charles S. Elton[21] menyaranklan bahawa ekosistem dengan kepelbagaian spesies yang tinggi kurang berkemungkinan diganggu oleh spesies ceroboh kerana kurangnya ceruk yang ada. Semenjak itu, pakar ekologi lain telah menunjukkan ekosistem yang diceroboh dengan banyaknya, walaupun berkepelbagaian dan menegaskan bahawa ekosistem dengan kepelbagaian spesies yang tinggi lebih terdedah kepada penjajahan.[11] Akhirnya, perdebatan ini kelihatannya bergantung kepada skala spatial yang mana kajian pencerobohan dilakukan, dan isu betapa kepelbagaian menjejaskan komuniti kepada pencerobohan kekal terbuka. Kajian berskala kecil cenderung menunjukkan kaitan negetif antara kepalbagaian dan pencerobohan, sementara kajian berskala besar cenderung menunjukkan kaitan positif. Keputusan kedua mungkin disebabakan spesies asing atau ceroboh menggunakan sumber yang semakin banyak tersedia dan interaksi spesies lebih lemah secara keseluruhan yang biasa apabila jumlah contoh besar digunakan.[22][23]

Ular perang (Boiga irregularis)

Pencerobohan lebih mungkin sekiranya ekosistem adalah sama dengan tempat asal organisma.[7] Ekosistem kepulauan mungkin terdedah kepada pencerobohan kerana spesies asal berhadapan dengan sedikit pesaing dan pemangsa yang kuat sepanjang kewujudannya, atau kerana jaraknya dari spesies koloni menjadikan ia lebih berkemungkinan mempunyai ceruk yang terbuka.[24] Satu contoh fenomena ini adalah kepupusan populasi burung di Guam oleh penceroboh brown tree snake.[25] Sebaliknya juga, ekosistem yang diceroboh mungkin ketiadaan pesaing semulajadi dan pemangsa yang mampu mengekang spesies yang diperkenalkan seperti tempat asal mereka, yang dapat dilihat dalam contoh di Guam. Akhir sekali, ekosistem yang diceroboh sering kali mengalami gangguan, biasanya disebabkan manusia.[7] Gangguan tersebut mungkin memberikan spesies ceroboh, yang tidak berubah bersama ekosistem, peluang bagi bertapak dengan kurang saingan dari spesies yang lebih sesuai[9]

Vektor

Spesies bukan tempatan mungkin mempunyai banyak vektor, termasuk yang semulajadi, tetapi kebanyakan speseis dianggap ceroboh dikaitkan dengan kativiti manusia. Tambahan kawasan semulajadi adalah biasa bagi kebanyakan spesies, tetapi kadar dan keluasan tambahan buatan manusia bagi spesies ini cenderung jauh lebih besar berbanding tambahan secara semulajadi, dan jarak yang sesuatu spesie mampu berpindah bagi menduduki tempat baru juga lebih jauh dengan bantuan manusia.[26]

ketam Chinese mitten

(Eriocheir sinensis)]]Salah satu pengaruh manusia dalam memperkenalkan spesies baru merupakan manusia prasejarah memperkenalkan tikus Pasifik (Rattus exulans) ke Polynesia.[27] Hari ini, spesies asing datang dari tumbuhan hortikultur samada dalam bentuk tumbuhan itu sendiri atau haiwan dan biji benih yang dibawa bersama mereka, dari haiwan dan tumbuhan yang dibebaskan dari perdagangan haiwan peliharaan. Spesies ceroboh juga datang dari organisma mencuri naik kenderaan dari pelbagai jenis yang boleh dibayangkan, bagi beberapa vektor yang tidak sengaja. Sebagai contoh, air pemberat yang di ambil di laut dan dilepaskan di pelabuhan merupakan sumber utama kehidupam laut esotik. Kupang zebra air tawar ceroboh, tempatan pada laut Hitam, Caspian dan Azov, kemungkinannya diangkut ke Laut Besar melalui air pemberat yang di bawa dari kapal menyeberang laut.[28]

Spesies turut diperkenalkan dengan sengaja. Sebagai contoh, untuk lebih rasa seperti di "rumah", koloni Amerika membentuk "Acclimation Societies" yang melepaskan brurung tempatan di Eropah sehingga ia bertapak di persisiran timur Amerika Utara.

Ekonomi turut memainkan peranan utama dalam pemgenalan spesies esotik. Kekurangan dan permintaan bagi ketam Chinese mitten merupakan penjelasan bagi kemungkinan kenapa spesies asing dibebaskan di perairan tempatan.