Spiritbox
Spiritbox

Spiritbox

Spiritbox ialah sebuah kugiran metalcore Kanada dari Victoria, British Columbia, yang ditubuhkan pemain gitar Mike Stringer dan vokalis Courtney LaPlante pada Oktober 2017. Keahlian penuh kumpulan itu terdiri daripada pasangan suami isteri LaPlante dan Stringer bersama pemain dram Zev Rose, dan pemain bes Josh Gilbert. Gaya muzik kugiran ini menggabungkan unsur elektronik dan terilham daripada pelbagai pengaruh, merentasi pelbagai subgenre metal dengan rumpunnya dalam metalcore dan metal progresif. Muzik mereka kini dilancarkan melalui label mereka, Pale Chord, menjurusi perkongsian dengan Rise Records.LaPlante dan Stringer adalah bekas ahli Iwrestledabearonce, tetapi tidak berpuas hati dengan peranan mereka dan mengasaskan Spiritbox untuk lebih meluahkan diri mereka secara artistik. Mereka melancarkan extended play sulungnya, berjudul Spiritbox (2017), diikuti dengan EP kedua, Singles Collection (2019), dengan barisan yang diperluaskan. Daripada perlawatan, Spiritbox pada awalnya membina dasar peminat mereka dengan bertumpu pada promosi melalui Internet dan memperkenalkan muzik mereka melalui beberapa siri video muzik popular, sebelum memulakan kerjaya sebagai kugiran melawat pada tahun 2020. Mereka terus mendapat perkenalan dengan beberapa single yang mencapai carta Billboard sebelum mengeluarkan album sulung mereka Eternal Blue (2021), yang memasuki Billboard 200 AS pada nombor 13.Sebelum menubuhkan Spiritbox bersama, penyanyi Courtney LaPlante dan pemain gitar Mike Stringer kedua-duanya berahli dalam Iwrestledabearonce, sebuah kugiran metalcore avant-garde yang ditubuhkan di Shreveport, Louisiana.[1][2] Mereka bertunang selama empat tahun, walaubagaimanapun mahu membentuk projek muzik bersama-sama sejak 2011.[3] Pada penghujung tahun 2015, mereka memutuskan untuk keluar daripada kugiran itu.[2] LaPlante dan Stringer masing-masing telah menggantikan ahli Iwrestledabearonce sebelumnya, dan tidak pernah puas dengan status mereka dalam kugiran itu; kedua-duanya juga ingin meneruskan hala tuju peribadi dan kreatif yang baharu.[4] Mereka sepasang memutuskan untuk berehat dari lawatan buat sementara dan pulang ke rumah untuk mencari pekerjaan tetap. Sepanjang tahun 2015, Stringer, seorang aneka-pengalat mempersembahkan demo lagu LaPlante dalam gaya muzik yang berbeza untuk membantu mereka memilih hala tuju kugiran mereka. LaPlante dan Stringer berkahwin pada 2016, dan mula merakam lagu dua minggu kemudian.[3] Stringer menulis dan memain bahagian dram untuk extended play yang dirancang, yang telah disusun semula oleh pemain dram sesi mereka pada masa itu, bekas rakan band Iwrestledabearonce Mikey Montgomery. EP itu dirakam oleh LaPlante dan Stringer di studio rumah mereka, bersama rakan mereka Tim Creviston. Ia dimix dan dimaster oleh bekas ahli Volumes Dan Braunstein di Los Angeles.[5]Pada 9 Oktober 2017, LaPlante dan Stringer mengumumkan pelancaran kugiran mereka, Spiritbox,[6][7] yang berpangkalan di Victoria, British Columbia.[1][8] LaPlante menjelaskan bahawa Iwrestledabearonce tidak membuat sebarang kenyataan mengenai situasi dia dan suaminya,[9] dan oleh itu, pada 25 Oktober, dia secara rasmi mengesahkan pemisahannya dari Iwrestledabearonce.[10] Spiritbox akhirnya menerima lebih dari CA$38,000 dalam pembiayaan daripada FACTOR (the Foundation to Assist Canadian Talent on Records), yang dibiayai oleh Kerajaan Kanada dan penyiar swasta, untuk menyokong perakaman dan pelawatan kugiran itu.[11][12] Sebagai Spiritbox, LaPlante dan Stringer melancarkan EP debut tujuh lagu berswajudul pada 27 Oktober 2017, yang mengikuti single, "The Beauty of Suffering".[13] Lantas itu, projek itu dijeda untuk beberapa lama, mendapati diri mereka terbuntu dalam usaha mereka untuk memainkan lagu dalam persembahan secara langsung tanpa pemuzik tambahan.[3]Pada 2018, Bill Crook daripada kugiran pop-punk Living with Lions menyertai kugiran ini sebagai pemain bes tetap.[14] Tidak lama selepas itu, mereka mendapat pemain dram tetap Ryan Loerke, yang juga bermain dalam Shreddy Krueger yang berpangkalan di Kelowna.[15][16] Jason Mageau, bekas pengurus Iwrestledabearonce, mengasaskan label Pale Chord untuk melancarkan karya muzik Spiritbox melalui perjanjian pengedaran dengan The Orchard.[1] Mageau menasihatkan kugiran itu untuk mempromosikan muzik Spiritbox atas talian selama dua tahun daripada menjalankan rejimen pelawatan kerana kosnya agak tinggi.[17] Semasa Spiritbox mengembangkan dasar peminat mereka, mereka melancarkan EP pancalagu berjudul Singles Collection pada 26 April 2019.[18][19] Sepanjang 2018 dan 2019, kugiran itu menggubahkan kebanyakan lagu untuk album sulung mereka.[20]

Rujukan

WikiPedia: Spiritbox https://web.archive.org/web/20210913121205/https:/... https://vancouversun.com/entertainment/spiritbox-c... https://web.archive.org/web/20210701125021/https:/... https://www.kerrang.com/features/spiritbox-are-the... https://web.archive.org/web/20210504142521/https:/... https://www.rocksound.tv/features/read/spiritboxs-... https://web.archive.org/web/20220318061929/https:/... https://loudwire.com/courtney-laplante-spiritbox-i... https://archive.today/20210922184034/https://www.g... https://www.grannysmith.fr/courtney-laplante-je-pe...