Sejarah Spits_Goth_Barat

Anjing gembala Sweden ialah baka purba dan baka anjing kebangsaan Sweden dan mungkin berasal dari abad ke-8 atau ke-9. Anjing gembala Sweden berasal dari provinsi Västergötland, yang terletak ke arah selatan dari tasik Vänern. Di sini, anjing kecil terbukti cemerlang untuk pemerhatian, penjagaan, dan penggembalaan. Baka ini bertarikh kembali ke zaman petempatan Viking di England dan disangkakan pernah berperanan dalam perkembangan corgi Wales dan anjing penumit Lancashire moden. Menurut American Kennel Club, satu lagi teori tentang asal usul baka ini ialah bahawa semasa abad kelapan atau kesembilan, "sama ada anjing gembala Sweden dibawa ke Wales atau corgi dibawa ke Sweden, lantas terdapat keserupaan antara kedua-dua baka".[2]

Anjing gembala Sweden berkaitan dengan anjing spits lebih besar dan anjing pemburu elk dari Skandinavia. Anjing besar daripada jenis spits ini telah ditemukan terkubur dengan tuan-tuan anjing berkenaan di petempatan Zaman Batu di Skandinavia. Rangka bagi anjing gembala Sweden agak serupa dengan yang pada anjing pemburu elk Norway moden, satu lagi baka anjing spits.

  • Swedish Vallhund
  • Anjing gembala Sweden
  • Dua ekor anjing di hutan
  • Anjing gembala Sweden dengan ekor panjang yang tidak melingkar
  • Anjing gembala Sweden di tasik, ekor melingkar
  • Vallhund mungkin mempunyai banyak variasi lapis bulu

Rujukan

WikiPedia: Spits_Goth_Barat https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:V%C3%A... http://www.skk.se/Global/Dokument/Hundrasguiden/Sv... https://curlie.org/Recreation/Pets/Dogs/Breeds/Her... http://www.akc.org/dog-breeds/swedish-vallhund/det... http://www.swedishvallhund.com/breed-information/b... https://www.fci.be/Nomenclature/Standards/014g05-e... http://www.swedishvallhunds.co.uk/index.asp?pageid... http://www.akc.org/breeds/swedish_vallhund/ https://web.archive.org/web/20100607003435/http://... https://web.archive.org/web/20100524002019/http://...