Populariti SpongeBob_SquarePants

SpongeBob SquarePants merupakan satu-satunya kartun untuk memasuki senarai 10 Teratas secara konsisten dalam pemeringkatan Nielsen, dan menurut pihak Nickelodeon, Nickelodeon cartoon "berbajet rendah" pertama yang menjadi amat popular. Kartun bajet rendah tidak banyak meraih penghargaan sebanyak rancangan berbajet tinggi seperti Rugrats, namun semenjak muncul di kaca TV pada tahun 1999, SpongeBob meraih bilangan penonton yang cukup dalam pemeringkatan agar dianggap popular, maka menjadi lebih popular berbanding Rugrats. SpongeBob mengikuti rancangan Nickelodeon lain yang menarik penonton lebih "matang": The Ren & Stimpy Show, Rocko's Modern Life, skit-skit Kablam!, Action League Now! dan The Angry Beavers. Rancangan-rancangan lain turut mengikuti trend ini: Invader Zim dan The Fairly OddParents meraih bilangan peminat yang serupa pada tahun 2001, dan OddPatents hanya di tempat kedua selepas SpongeBob dari segi kelarisan, manakala Zim menarik pengikutan kultus[perlu rujukan]. Rancangan ini mula pada tahun 1999, dan ketika itu, Pokémon masih menjadi kegilaan yang terbesar. SpongeBob tidak meningkatkan popularitinya sehingga tahun 2000, dan semenjak itu kekal popular sehingga ke hari ini.

Tarikan meluas

SpongeBob ialah salah satu daripada banyak siri kartun yang direka untuk menarik penonton dewasa dan kanak-kanak. Ini mungkin banyak berkaitan dengan gambaran kehidupan dan keadaan dalam air yang aneh, dan penggunaan situasi, sentuhan dan istilah yang sukar difahami penonton yang lebih muda. Terdapat juga senario ironis rumit yang memerlukan perhatian teliti.

Sebahagian tarikan rancangan ini berkait rapat dengan sifat kebudak-budakan SpongeBob dan sahabat karibnya, Patrick Star, yang kedua-duanya berusia dewasa tetapi menunjukkan sifat kelurusan kanak-kanak manusia. Namun, watak-watak ini tidak terkecuali daripada kegiatan yang lebih bersifat dewasa, seperti pancaragam rock dalam persembahan stadium, atau Patrick meminta SpongeBob beranak lagi setelah mengambil seekor kepah atau tiram bayi di bawah jagaan mereka.

Rancangan ini menjadi popular dengan penonton remaja dan dewasa sehingga siri ini disiarkan di MTV dan ditampilkan dalam Spike TV. The SpongeBob SquarePants Movie yang dikeluarkan pada 19 November 2004, menyaksikan penampilan istimewa oleh David Hasselhoff, dalam satu babak ajukan watak beliau dari siri TV Baywatch.