Sporotrikosis
Sporotrikosis

Sporotrikosis

Sporotrikosis ialah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan kulat Sporothrix schenckii.[2] Prnyakit kulat ini biasanya menjejaskan kulit, walaupun bentuk jarang yang lain dapat menjejaskan peparu, sendi, tulang, dan juga otak. Disebabkan bunga mawar boleh merebakkan penyakit ini, ia merupakan satu daripada beberapa penyakit yang dirujuk sebagai duri mawar atau penyakit pekebun mawar.[3] Spesies ini dinamakan untuk Benjamin Schenck, seorang pelajar perubatan yang pada tahun 1896 merupakan yang pertama untuk mengasingkannya daripada spesimen manusia.[4]Disebabkan S. schenckii dijumpai semula jadi di tanah, rumput kering, lumut sfagnum, dan tumbuhan, ia biasanya menjejaskan petani, pekebun, dan pekerja pertanian.[2] Ia masuk melalui potongan kecil dan lelasan di kulit menyebabkan jangkitan. Dalam kes sporotrikosis menjejaskan peparu, spora kulat masuk melalui laluan pernafasan. Sporotrikosis boleh juga diperoleh daripada menjaga kucing dengan penyakit tersebut; ia merupakan bahaya pekerjaan bagi doktor veterinar.Sporotrikosis berkembang perlahan – gejala pertama boleh muncul 1 hingga 12 minggu (purata 3 minggu) selepas pendedahan awal kepada kulat. Komplikasi serius boleh juga berkembang dalam pesakit yang mempunyai sistem imun yang terjejas.