Kerjaya Srikanth_Kidambi

2011

Srikanth mengambil bahagian dalam Sukan Remaja Komanwel 2011 di Isle of Man, beliau memenangi pingat perak dalam beregu campuran dan gangsa dalam beregu lelaki.[4] Beliau juga memenangi dalam kategori perseorangan dan beregu Kejohanan Badminton Antarabangsa Remaja Seluruh India di Pune.[5]

2012

Pada tahun 2012, Srikanth menjadi Juara Dunia Remaja selepas Zulfadli Zulkiffli dari Malaysia memasuki perseorangan lelaki secara senior di Cabaran Antarabangsa Maldives.[6]

2013

Ketika Terbuka Thailand Grand Prix Gold 2013, Srikanth memenangi gelaran perseorangan lelaki dengan mengalahkan pemain nombor lapan dunia ketika itu, Boonsak Ponsana dalam "straight sets".[7] Dalam Kejohanan Kebangsaan Seluruh India, Srikanth memenangi kejohanan itu dengan menewaskan Parupalli Kashyap di Delhi. Selain itu, kejohanan itu merupakan kejohanan senior pertama dimenangi oleh Srikanth.[8] Beliau mengambil bahagian dalam pasukan Awadhe Warriors di mana pasukan tersebut mendapat naib juara ketika Liga Badminton India 2013.[9]

2014

Srikanth hanya mendapat naib juara ketika Terbuka India Grand Prix Gold 2014 di Lucknow dan ke suku akhir ketika Terbuka Malaysia 2014.[10] Beliau memasuki pasukan India dan hanya ke separuh akhir dalam acara beregu berpasukan di Sukan Komanwel 2014 di Glasgow.[11] Dalam perseorangan lelaki pula, beliau hanya melangkah ke suku akhir selepas tewas kepada pemain Singaura, Derek Wong.


Rujukan

WikiPedia: Srikanth_Kidambi http://www.deccanchronicle.com/140117/sports-other... http://results.glasgow2014.com/athlete/badminton/1... http://timesofindia.indiatimes.com/sports/badminto... http://timesofindia.indiatimes.com/sports/badminto... http://timesofindia.indiatimes.com/sports/badminto... http://www.maldivestimes.com/news/srikanth-k-grabs... http://www.sportskeeda.com/badminton/k-srikanth-in... http://www.badmintonindia.org/download/news/final_... http://www.bwfbadminton.org/page.aspx?id=14955