Santo Patrick (
Bahasa Latin: Patricius;
Bahasa Ireland Primitif: *Qatrikias;
[2] Bahasa Ireland: Pádraig;
[3] Bahasa Wales: Padrig;
[4] c. 387 – 17 March c. 460
[5] or c. 492
[6]) ialah seorang
mubaligh dan
uskup Kristian berbangsa
Rom-British yang giat di
Ireland. Dikenali sebagai "Hawari Ireland", beliau merupakan
santo penaung utama pulau tersebut di samping Santa-Santa
Brigid dan
Columba.Kini tinggal dua pucuk surat yang tulen oleh beliau, dan dari itulah terbitnya satu-satunya sejarah riwayat beliau yang diterima umum.
[7] Ketika berumur 16 tahun, beliau dicekup dari rumahnya oleh puak
pagan lalu dibawa sebagai
hamba abdi ke Ireland di mana beliau tinggal selama enam tahun sebelum melepaskan diri dan kembali ke pangkuan keluarganya. Setelah menjadi seorang paderi, beliau kembali ke kawasan utara dan barat Ireland sebagai seorang biskop, tetapi tidak banyak yang diketahui tentang tempat-tempat kerjanya. Menjelang abad ketujuh, beliau sudah pun disanjungi sebagai santo penaung Ireland.Kebanyakan butiran riwayatnya yang sedia ada datangnya dari
hagiografi lanjutan yang tidak diterima tanpa penilaian yang terperinci. Menurut
Sejarah Ulster, beliau tiba di Ireland pada tahun 432, berkhutbah di
Ulster sekitar tahun 443, dan meninggal dunia pada tahun 457 atau 461.
[8] Namun begitu, tulisan sejarah itu membezakan "Patrick Tua"
[9] dan "Patrick, hawari besar
Scot,"
[10] yang meninggal dunia pada tahun 492.
[8] Tarikh-tarikh sebenar kehidupan Patrick tidak dapat ditentukan dengan setentu-tentunya tetapi menurut tafsiran umu, beliau bergiat sebagai mubaligh di Ireland sekitar separuh kedua abad kelima.
[11]Hari Santo Patrick disambut pada 17 Mac iaitu tarikh kematian beliau
[12], baik di dalam mahupun di luar Ireland, sebagai perayaan keagamaan mahupun sekular. Di kawasan-kawasan uskup Ireland, Hari St. Patrick disambut dengan penuh
takzim dan suci; manakala di luar Ireland, ia dijadikan suatu sambutan yang meraikan bangsa dan budaya orang Ireland bertebaran secara umumnya.