Stadium Besbol Miyagi (宮城球場), atau
Rakuten Mobile Park Miyagi (楽天モバイルパーク宮城, Rakuten Mobairu Pāku Miyagi), merupakan
stadium besbol yang terletak di Miyaginohara Sports Park di
Sendai,
Wilayah Miyagi,
Jepun. Stadium yang memiliki 30,508 tempat duduk ini dimiliki oleh wilayah dan dioperasi oleh
Rakuten. Pada masa yang sama, ia juga berfungsi sebagai gelanggang bagi pasukan
Tohoku Rakuten Golden Eagles di
Nippon Professional Baseball (NPB) sejak tahun 2005. Permukaan padang simetrinya merupakan satu-satunya padang rumput asli di
Liga Pasifik. Taman permainan, Smile Glico Park telah dimasukkan ke bahagian tempat duduk kiri padang stadium dan mempunyai satu
roda Ferris.Stadium Miyagi merupakan stadium ketiga tertua di NPB dan paling tertua di Liga Pasifik. Stadium ini telah dibina pada tahun 1950 untuk melangsungkan perlawanan besbol NPB di peringkat luar bandar dan amatur. Lampu telah ditambah pada tahun 1973 untuk perlawanan malam dan untuk menarik lebih banyak perlawanan profesional. Pasukan
Lotte Orions mula menggunakannya pada tahun yang sama sebagai gelanggang sementara da beraksi di sana selama lima musim sehingga tahun 1977. Pada musim 1974, Orions telah membawa stadium ini untuk menjadi tuan rumah aksi postseason NPB tetapi permainan
Japan Series tidak dapat dilangsungkan di sana kerana tampungan kapasiti yang agak rendah. Selepas Lotte beredar, stadium ini mengacarakan perlawanan NPB di luar bandar pada setiap tahun dan satu daripada empat aksi
Siri All-Star Nippon Professional Baseball telah berlangsung di stadium ini pada tahun 1992.Selepas penyusunan semula NPB pada tahun 2004, Rakuten telah emnubuhkan sebuah pasukan NPB baru yang berpusat di Sendai dan mula menaik taraf Stadium Miyagi mengikut beberapa fasa. Dengan bermodelkan stadium
Major League Baseball, padang telah diluaskan, kawasan dataran stadium dianjakkan, tempat duduk ditambah dan kapasitinya dinaikkan. Di kawasan outfield, dua papan video LED penuh telah dipasang dan taman permainan juga dibina. Stadium ini kemudiannya menjadi tuan rumah kepada
Climax Series dan Japan Series sulungnya pada tahun 2013 apabila pasukan Eagles berjaya meraih kejuaraan.
Hak nama terhadap stadium ini telah dijual dalam tiga tahun kenaikan buat beberapa kali sejak tahun 2005. Fullcast dan
Nippon Paper Industries menjadi dua syarikat pertama memperolehnya. Sejak tahun 2014, Rakuten telah membeli hak nama stadium dan menggunakannya untuk mempromosikan
Kobo eReader,
insurans nyawa dan
pengendali rangkaian mudah alih. Stadium ini menggunakan nama Rakuten Mobile Park Miyagi mulai tahun 2023.