Stadium_Jawaharlal_Nehru,_Delhi
Stadium_Jawaharlal_Nehru,_Delhi

Stadium_Jawaharlal_Nehru,_Delhi

Stadium Jawaharlal Nehru terletak di Delhi ,India menjadi arena penganjuran perlawanan bola sepak dan sukan-sukan yang lain di samping pelbagai acara hiburan di India. Di sinilah Sukan Komanwel 2010 dilangsungkan. Namanya sempena Perdana Menteri India yang pertama. Ia boleh memuatkan 60,000 penonton dan 100,000 ketika konsert diadakan.Stadium ini adalah stadium ke-3 terbesar di India dan ke-51 terbesar di dunia. Stadium ini telah dibina pada tahun 1982[1] untuk menjadi penganjur Sukan Asia pada tahun itu.