Stephen_Ireland
Stephen_Ireland

Stephen_Ireland

Stephen James Ireland (lahir 22 Ogos 1986) ialah pemain bola sepak profesional Ireland yang bermain sebagai pemain tengah untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Stoke City.Ireland memulakan kariernya bersama Cobh Ramblers sebelum menyertai kelab Inggeris, Manchester City pada tahun 2001. Dia membuat penampilan profesionalnya pada bulan September 2005 dan menjadi pemain tetap di Stadium Bandaraya Manchester. Pada bulan September 2010, Ireland berpindah ke Aston Villa secara pertukaran dengan James Milner. Dia dipinjamkan ke Newcastle United dimana dia hanya bermain dua kali. Pada bulan September 2013, dia menyertai Stoke City secara pinjaman sebelum berpindah secara tetap pada bulan Januari 2014.