Stephen_Kalong_Ningkan
Stephen_Kalong_Ningkan

Stephen_Kalong_Ningkan

Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan (20 Ogos 1920 – 31 Mac 1997) merupakan Ketua Menteri Sarawak yang pertama (22 Julai 1963 – September 1966) sebelum pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Beliau menang besar dalam Pilihan raya 1962 dan membolehkannya dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak pertama oleh Gabenor Sarawak British Sir Alexander Waddell yang berprinsipkan Perlembagaan Sarawak 1941. Pada tahun 1963, jajahan-jajahan Britain di Asia Tenggara iaitu Sabah, Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu bergabung untuk membentuk Malaysia.