Stesen_MRT_Canberra

Stesen MRT Canberra (NS12) merupakan stesen bertingkat Sistem Pengangkutan Gerak Cepat akan datang yang terletak pada Laluan MRT Utara Selatan di Sembawang.[1]Stesen MRT ini akan memberi khidmat kepada para penduduk estet-estet berdekatan seperti Sembawang Springs, dan juga untuk pembangunan kediaman awam dan swasta pada masa akan datang. Ia juga akan menjadi stesen MRT kedua di Singapura selepas stesen Dover yang akan dibina di atas landasan kereta api sedia ada dan dinaikkan dengan platform sisian.[2]