Sejarah Stesen_MRT_Canberra

Buah fikiran di sebalik stesen MRT Canberra dikatakan bahawa pembangunan stesen ini ditangguhkan kerana kawasan persekitaran masih belum dibangunkan. Walau bagaimanapun, idea itu diteruskan dan dalam proses perancangan.

Pada 17 Januari 2013, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) mengumumkan bahawa kajian kebolehlaksanaan telah dijalankan untuk membina satu stesen di antara Sembawang dan Yishun.[3]

Pada 27 Jun 2014, Menteri Pengangkutan, Lui Tuck Yew mengumumkan kajian tersebut telah selesai dan stesen Canberra akan dibina.[4]

Pada 1 Ogos 2014, pembinaan stesen itu akan mula dijalankan pada pertengahan tahun 2015 dan ia dijangka siap pada 2019 2019.[2]

Pada 27 April 2015, LTA mengumumkan pembinaan akan dimulakan dengan China State Construction Engineering Corporation (Singapura) diberi kontrak bernilai $90 juta.[5]