Kejadian Stesen_MRT_Outram_Park

Kegangguan Keretapi 2006

Pada 24 Julai 2006, perkhidmatan sebuah keretapi ke arah HarbourFront terganggu 200 meter dari stesen ini pada 12.45pm selepas perlepasan. Keretapi tiada bekalan elektrik untuk bergerak kerana sebatang wayar yang menyediakan bekalan elektrik terlonggar. Penumpang-penumpang di dalam keretapi telah dikeluarkan. Perkhidmatan bas telah disediakan untuk komuter-komuter yang bergerak antara Clarke Quay dan HarbourFront. Walau bagaimanapun, perkhidmatan antara Dhoby Ghaut dan Punggol lewat untuk beberapa minit sahaja.[1][2] Perkhidmatan penuh pada seluruh laluan disambungkan pagi berikut.<refname="stuck4">Rita Zahara/Asha Popatlal, Channel NewsAsia, 24 July 2006, NEL train services to be fully operational from Tuesday morning, viewed on 5 August 2006.</ref>

Pada 23 April 2007, LTA mengucapkan bahawa wayar tersebut telah terlonggar oleh sebab kualiti lemah penebat porselinnya.

Sejak kegangguan ini, SBS Transit telah meningkatkan rejim penyelenggaraan penebatnya dan akan menyambungkan pemeriksaan penebat dalam dua bulan sekali. Pembekal Perancis juga telah diperiksa dan disahkan bahawa semua penebat yang sedia wujud bebas dari kecacatan. LTA berkata gangguan tersebut adalah situasi sekali sahaja dan tindakan tidak akan diambil ke atas pengendali.

Penipuan Bom 2007

Sebuah pangillan tentang ancaman bom yang palsu telah dibuat pada 17 Ogos 2007 pada 11.16pm dari sebuah telefon awam diletak di perhimpunan stesen. Polis telah menangkap dua suspek pada 24 Ogos 2007, satu budak lelaki berumur 13 tahun dan yang kedua berumur 15 tahun.[3] Selepas berunding, lelaki yang berumur 13 tahun tersebut telah dilepaskan dengan amaran manakala lelaki yang berumur 15 tahun telah didakwa di Mahkamah Juvana.

Kegangguan Keretapi 2008

Pada 13 Februari 2008 kira-kira 6.34pm, keretapi-keretapi dari Outram Park ke HarbourFront terlewat disebabkan beberapa keputusan bekalan elektrik.[4]

Police shooting incident 2008

Sektor Laluan Timur Laut di stesen ini ialah tempat kejadian penembakan polis, di mana seorang yang berumur 43 tahun, Lim Bock Song, yang sebelum ini telah menikam seorang pekerja, Tan Ah Chang, di sebuah kedai kopi di Jalan Kukoh, ditembak oleh seorang pegawai polis selepas mengancam pegawai dengan pisau pada 6 Mac 2008 pada 3:35pm. Empat pintu skrin pelantar di tengah-tengah platform ke arah HarbourFront terlibat disebabkan kordon polis yang berlangsung selama dua jam dan penumpang terpaksa menggunakan pintu-pintu yang lain untuk naik dan turun. Walau bagaimanapun, perkhidmatan kereta api tidak terjejas.[5]

Penyiasatan koroner yang dijalankan untuk penembakan Song Bock Lim memutuskan pada 12 Januari 2010 bahawa tembakan tersebut adalah kes pembunuhan yang wajar.Lelaki itu ditembak selepas bergegas pada pegawai polis Azli Othman dengan sebilah pisau. Hakim Mahkamah Daerah Yeo memerintah penembakan tersebut berlaku tanpa niat jenayah.[6]

Penipuan Bom 2008

Pada 29 Julai 2008, seorang lelaki telah membuat sebuah pangillan telefon kepada polis tentang sebuah ancaman bom yang palsu pada 1.07pm di ruang perhimpunan stesen.[7]

Kegangguan Keretapi 2009

Pada 1 Julai 2009 kira-kira 6.50 pm, perkhidmatan keretapi ke arah Pasir Ris antara stesen ini dan City Hall terganggu untuk 25 minit apabila sebuah keretapi terhenti di dalam stesen. Penumpang-penumpang diminta untuk menurun dan sebuah keretapi berlainan digunakan untuk menjarakkan keretapi tersebut ke depot. 11000 orang terlibat oleh gangguan ini.[8]

Rujukan

WikiPedia: Stesen_MRT_Outram_Park http://www.channelnewsasia.com/stories/singaporelo... http://www.channelnewsasia.com/stories/singaporelo... http://www.channelnewsasia.com/stories/singaporelo... http://www.channelnewsasia.com/stories/singaporelo... http://www.channelnewsasia.com/stories/singaporelo... http://www.channelnewsasia.com/stories/singaporelo... http://www.channelnewsasia.com/stories/singaporelo... http://www.straitstimes.com/Breaking+News/Singapor... //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=S... http://www.spf.gov.sg/mic/2007/070822_appeal_bombh...