Stesen_MRT_Woodleigh
Stesen_MRT_Woodleigh

Stesen_MRT_Woodleigh

Stesen MRT Woodleigh (NE11) ialah sebuah stesen MRT Laluan Timur Laut di Singapura. Apabila Laluan Timur Laut dibuka pada tahun 2003, stesen ini salah satu daripada dua stesen yang tidak beroperasi dalam laluan tersebut, dengan lain ialah Stesen MRT Buangkok, kerana sekelilingnya mundur pada masa itu.Adalah dianggarkan bahawa jika stesen ini dibuka, bilangan penumpang seharian masih akan berada di bawah penanda aras umum, iaitu 2,000, yang dianggap perlu bagi stesen untuk masuk akal, dalam segi ekonomi, untuk beroperasi. Namun, pada 8 Mac 2011, SBS Transit mengumumkan tarikh pembukaan stesen ini sebagai 20 Jun 2011.[1]Selepas perkemaskinian dan penyelenggaraan lif-lif, eskalator dan pintu-pintu bayaran serta penggilap platform pada hrai sebelum pembukaan stesen, ia akhirnya sedia untuk beroperasi untuk menyambut ulang tahun kelapan pembukaan Laluan Timur Laut yang bermula beroperasi pada tahun 2003, kecuali stesen Buangkok.[2] Sebuah karnival telah diadakan di Woodleigh Stesen MRT untuk meraikan acara pembukaan dan ulang tahun tersebut.

Stesen_MRT_Woodleigh

Capaian OKU Ya
Kod stesen NE11
Platform Pulau
Dimiliki oleh Land Transport Authority (LTA)
SBS Transit
Koordinat 1°20′21″N 103°52′15″E / 1.339181°N 103.870744°E / 1.339181; 103.870744
Jenis struktur Bawah Tanah
Sambungan Bas, Teksi
Lokasi 400 Upper Serangoon Road
Singapore 347695
Dibuka 20 Jun 2011
Landasan 2
Stesen sebelumnya Mass Rapid Transit Stesen berikutnya
Stesen sebelumnya Mass Rapid Transit Stesen berikutnya
menghala ke HarbourFront
Laluan North East
menghala ke Punggol
Aliran/laluan
Tingkat platform 2