Stewart_Downing
Stewart_Downing

Stewart_Downing

† Kemunculan (Gol).
Stewart Downing (lahir 22 Julai 1984) ialah pemain bola sepak profesional Inggeris yang bermain untuk Middlesbrough dan pasukan kebangsaan England sebagai pemain sayap. Dia juga pernah bermain di posisi pertahanan kiri[2] dan pemain tengah serangan. Dia memulakan kariernya bersama Middlesbrough, dimana selepas dipinjam ke Sunderland, dia menjadi pemain penting pasukan itu, memenangi Piala Liga pada tahun 2004 dan membantu mereka layak ke perlawanan akhir Piala UEFA dua tahun kemudian. Pada tahun 2009, selepas Boro tersingkir liga, dia menyertai Aston Villa dengan yuran £10 juta, kemudiannya berpindah ke Liverpool dua tahun kemudian, sekali lagi memenangi Piala Liga pada tahun 2012. Dia kemudiannya bermain selama dua musim untuk West Ham United sebelum kembali ke Middlesbrough.Seorang pemain antarabangsa sejak tahun 2005, Downing telah membuat 35 penampilan untuk England. Dia dimasukkan ke dalam skuad itu ketika Piala Dunia FIFA 2006 dan UEFA Euro 2012.