Stonebay


Kumpulan Stonebay merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang bergerak secara bebas atau juga dikenali sebagai indie di Malaysia. "Stonebay" telah ditubuhkan sejak tahun 1996, dimana Ojie(vokalis/gitaris)merupakan pengasas kumpulan ini ketika masih menuntut di sekolah menengah di Kota Kinabalu, Sabah. Setelah tamat persekolahan, Ojie telah melanjutkan pelajaran ke Kuala Lumpur dan pada tahun 2003 telah menubuhkan kembali kumpulan Stonebay yang di barisi oleh teman teman sekolej. Dalam selang tahun berikutnya "Single" pertama kumpulan ini yang bertajuk "Name" juga telah dihasilkan. Setelah berpuluh puluh "Gigs" sekitar Kl dan Selangor dan juga perubahan anggota kumpulan, tahun 2007, kumpulan ini dianggotai oleh Ojie, Ashroff, Velan dan Ronny. Pada tahun 2008, Velan telah di gantikan oleh Afiq, dan pada masa yang sama mereka juga telah menghasilkan "single" kedua yang bertajuk "Sangsi". Februari 2009 akan menyaksikan cubaan pertama kumpulan ini dalam penghasilan EP pertama mereka yang akan di'release' berserta dengan single "Si Murai Penipu'. Ini juga akan disertakan dengan klip video pertama kumpulan ini dalam pertengahan tahun 2009.

Stonebay

Berasal dari Malaysia
Pekerjaan Vokal / Pemuzik
Pengkarya berkait Berkumpulan
Syarikat rakaman Spoonman Records
Ahli Ojie, Ashroff, Ronny, Afiq
Genre Rock and roll, Mod Revival
Bekas ahli Velan, Roy, Shahrul, Leo Felix, Akhai