Suami_Aku_Ustaz_(filem)

Suami Aku Ustaz merupakan sebuah filem cinta arahan Ghaz Abu Bakar dan dibintangi oleh Ady Putra, Nora Danish, Izzue Islam dan Betty Rahmad.Filem yang diadaptasikan daripada novel dengan tajuk yang sama hasil nukilan Hannah Dhaniyah. Filem ini mengisahkan tentang seorang pelajar sekolah menengah, Alisa (Nora Danish) yang dipaksa untuk berkahwin dengan sepupunya dan guru agama di sekolahnya, Ustaz Hafiz (Ady Putra). Dilem dalam hidup Alisa mula muncul apabila perkahwinannya itu dirahsiakan dari pengetahuan rakan-rakannya di sekolah iaitu Wati (Betty Rahmat) dan Johan (Izzue Islam).Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 14 Mei 2015.

Suami_Aku_Ustaz_(filem)

Bahasa Melayu
Berdasarkan Suami Aku Ustaz oleh Hannah Dhaniyah[1][2]
Pengarah Ghaz Abu Bakar
Penerbit
  • Dato' Wan Mohd Muzri B. Ramli
  • Datin' Nur Syafira Bt Mohd Zain
Pecah panggung RM 836,000[3]
Syarikatpenerbitan
Karyaseni Production Sdn Bhd
Tempoh tayangan 90 Minit
Negara Malaysia
Dibintangi oleh
Pengedar Alternate Pictures
Perbelanjaan RM 2 Juta